Hujjah kerana Allah

Type a nickname into the box and then press the connect button to start chatting!

Free chat provided by CentralChat.

Saturday 10 March 2012

Apakah JANJI untuk rakyat Johol sempena kedatangan TPM pada 9 Mac 2012 ?



-          Memperbaiki bumbung dan keperluan lain SJK © Yoke Hua bernilai RM 100 000
-          Naik taraf longkang Rumah Rakyat Air Mawang RM 70 000
-          Bina pondok bas untuk SMRA Johol bernilai RM 20 000
-          Naik taraf bangunan  SMRA Johol RM 550 000
-          Bina kelas tambahan SK Dato Inas RM 100 000
-          Masjid Baru Gentam RM 320 000
-          Tebatan banjir di Kampung Padang Jual RM 120 000
-          RM 80 000 di Kampung Melekai
-          RM 46 500 untuk naik taraf Dewan Kampung Air Mawang
Sumber Sinar Harian ( Sabtu 10 Mac 2012 )

RM 2.9 juta pelbagai projek pembangunan sekitar Johol ( Laporan Berita Harian, 10 Mac 2012 )

Alhamdulillah dan syukur. Kita sentiasa positif untuk kebaikan rakyat. Kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang pertama kali dalam sejarah masyarakat Johol ternyata sangat mengejutkan. Di dalam bacaan politik, tiada kebetulan. Kedatangan TPM ke Johol bukan kebetulan tetapi sebuah perancangan yang dilihat strategik untuk mengembalikan kekuatan UMNO di kawasan tersebut. Setidaknya pengumuman projek demi projek diharap dapat memberi kekuatan kepada UMNO untuk terus mengikat rakyat agar terus mengundi mereka sewaktu PRU akan datang.

Kawasan kubu kuat UMNO Kuala Pilah itu mula diberi perhatian. Sejak kematian ADUN Johol, Allahyarham Dato Roslan Md Yusof kawasan Johol ini ibarat menerima perhatian yang agak luar biasa. Beberapa ADUN berdekatan dijadikan ADUN angkat silih berganti, bermula dengan YB Dato Samad ( ADUN Seri Menanti ) kemudian khabarnya Ketua UMNO Bahagian sendiri Dato Ismail Lasim sehingga Dato Hasan Malik selaku Timbalan Menteri Kabinet turut member perhatian kepada Johol secara lebih kerap dan luar biasa.

PAS masih jauh untuk mengejar majoriti besar milik BN di Kawasan tradisi terutama di luar Bandar. Sekalipun kemampuan PAS itu masih diragui namun ianya bukan sesuatu yang memberi keselesaaan kepada UMNO – BN di kawasan ini. Logiknya, di Negeri Sembilan ini tumpuan sering diberikan di kawasan DUN yang UMNO tewas seperti Paroi, Ampangan dan Sikamat. Kedatangan PM dan TPM sebelum ini pun menjurus ke 3 buah kawasan Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Demikianlah UMNO berpolitik. Memberi perhatian dan tumpuan di saat terancam. Lihat sahaja di DUN Paroi lebih dari sebuah Pusat Khidmat diwujudkan bagi merampas kembali DUN tersebut di samping Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri menjadi ADUN angkat untuk DUN Paroi. Rakyat menikmati pelbagai janji di saat UMNO tertekan dengan sokongan. Politik cerdik dan bijak rakyat akan memastikan mereka terus menikmati pelbagai hak yang selama ini tersekat kerana permainan politik tidak bijak pimpinan UMNO.

Semoga Pilihanraya Umum akan datang menjadi medan terbaik untuk menafikan politik tidak matang yang dibawa oleh UMNO selama ini. Rakyat bukan kanak-kanak kecil yang boleh diumpan dengan gula-gula pembangunan sebegini. Sudah hampir 55 tahun mandate diberikan kepada UMNo dan Barisan Nasional. Selama ini rakyat masih menaruh harapan untuk perubahan yang dibawa, namun yang diharapkan masih perkara yang sama berulang. Rakyat kini lebih bermaklumat. Semakin rakyat cerdik UMNO semakin terancam.  

Thursday 8 March 2012

Karnival ' Prihatin Rakyat Johol '

Tarikh : 16 Mac 2012 ( Jumaat )
Masa : 4.00 petang hingga 12.00 malam
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol
Aturcara Penuh :
5.00 petang    Minum Petang bersama Ybhg Mohamad Sabu ( Timb Presiden PAS ) dan Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
8.00 malam    Solat Hajat Perdana
9.00 malam    Persembahan Pentas Bersama
                                Iwan Syahman a.k.a Iwan Dangdut
                                Madrasah Az-Zein, Seremban
10.00 malam  Pidato Anak Muda
                                Nor Azman Mohamad
                                YB Nurul Izzah Anwar
Hubungi : Zul  ( 0136677787)  Amar  ( 0136782380 ) Mazlan ( 0162076037 )