Hujjah kerana Allah

Type a nickname into the box and then press the connect button to start chatting!

Free chat provided by CentralChat.

Thursday 29 December 2011

Munajat dan Tazkirah Perdana 3 Imam

Munajat dan Tazkirah Perdana 3 Imam
' Antara Imam 5 minit dan Imam 5 tahun ..'

YB Ustaz Dato Taib Azamuddin ( Mantan Imam Masjid Negara )
Ustaz Kamal Ashaari ( Mantan Imam Masjid Shah Alam )
Ustaz Nor azman Mohamad ( Mantan Imam Masjid Ampangan )

12 Januari 2012 ( Khamis ) Jam 8.00 Malam
Dataran Al-Ikhwan, Air Mawang, Johol. Negeri Sembilan

Aturcara
8.00 malam               Ketibaan Tetamu dan Jemputan
8.30 malam               Solat Isya berjemaah
                                    Solat Hajat dan Munajat Perdana
9.00 malam               Tazkirah Perdana
                                  Ustaz Nor azman Mohamad ( Mantan Imam Masjid Ampangan )       

                                  Ustaz Kamal Ashaari ( Mantan Imam Masjid Shah Alam )
                                  YB Ustaz Dato Taib Azamuddin ( Mantan Imam Masjid Negara )

* Sila bawa sejadah sendiri untuk solat isya dan hajat berjemaah. Muslimin dan Mulimat dijemput hadir.


                               
                                       

Monday 19 December 2011

Lawatan Mangsa Kebakaran dan Fakir Miskin di Kepis









Jumaat lalu, 16 Disember rombongan PAS Dun Johol berkesempatan menziarahi seorang penduduk Batu 10 Kepis yang kehilangan kediamannya akibat kebakaran. Kebakaran yang memusnahkan rumah yang didiami oleh beliau sejak berpuluh tahun itu tidak dapat diselamatkan akibat masalah litar pintas. Kini beliau menumpang di sebuah rumah milik jirannya yang juga merupakan seorang peniaga kedai runcit. Menurutnya beliau menghadapi kesukaran untuk memohon bantuan mendapatkan rumah baru melalui bantuan perumahan rakyat kerana rumahnya dikategorikan sebagai rumah kedai oleh Majlis Daerah. Sedangkan beliau tidak pernah menjalankan perniagaan di premis tersebut. Beliau terpaksa mengumpul wang sendiri untuk membina semula rumahnya tanpa sebarang bantuan. Berpendapatan tidak tetap, beliau hanya bergantung kepada hasil menoreh getah.

Kemudian lawatan kami dibawa ke Kampung Kepis Hilir (lorong Lonek) untuk menziarahi sepasang suami isteri yang mempunyai 4 orang anak. Suaminya bekerja kampung, mengambil upah dan menoreh getah milik orang. Kehidupannya semakin terhimpit apabila tuan kebun tersebut ingin menoreh sendiri getahnya. 3 dari anaknya akan bersekolah pada sesi 2012 akan datang. Rumah yang diduduki beliau adalah ihsan dari seorang penduduk kampung yang meminta beliau menunggu rumah pusaka. Rumah itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Beliau pernah dijanjikan untuk mendapat rumah PPRT namun sehingga kini tanahnya sahaja yang diratakan tetapi rumah tetap tidak didirikan lagi. Melihat rumahnya yang cukup usang, dengan anak yang semakin membesar pihak PAS DUN Johol berhasrat menggerakkan inisiatif untuk membantu beliau sekeluarga membina rumahnya. Dermawan yang budiman yang ingin membantu hubungi beliau seperti berikut :

Roos Noor Faizli b Razali ( 012-2682373 )
Kampung Kepis Hilir, 71300 Johol, Negeri Sembilan.
 




Saturday 17 December 2011

Wednesday 14 December 2011

Pelbagai Aktiviti PAS DUN JOHOL

Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh PAS khususnya di peringkat DUN Johol pada tahun 2011 yang lalu. Sesiapa yang mempunyai gambar dan berita yang boleh dikongsi emailkan kepada pasdunjohol@yahoo.com. Majulah PAS Johol untuk kebaikan dan kebajikan dunia akhirat ! Takbir !